Kedudukan pingat semasa kontinjen WiPers (15 Sept 2022)
Hebat atlet wushu WiPers, Lydia Lau Pei Yi. Semalam baru sahaja menghadiahkan pingat pertama kontinjen WiPers dengan pingat gangsa, hari ini Lydia menceriakan kontinjen WiPers dengan menghadiahkan pingat emas acara nangun wanita. Tahniah diucapkan! WiPers WiJuara!
Hari yang bersejarah buat kontinjen WiPers pada hari ini apabila pingat emas pertama kontinjen WiPers menerusi atlet jalan kaki, Kok Hui Ying dikalungkan sendiri Ketua Kontinjen, YBhg. Datuk Seri Rosida binti Jaafar. WiPers WiJuara!
Pingat emas pertama kontinjen WiPers diraih pelumba jalan kaki, Kok Hui Ying dalam acara 5,000m jalan kaki wanita di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi. Tahniah dan syabas diucapkan!
Temubual Bersama Ybhg. Datuk Seri Hajah Rosida Binti Jaafar, Ketua Kontinjen Wilayah Persekutuan SUKMA XX MSN 2022 Sempena SUKMA XX MSN 2022.
Pasukan bola sepak WiPers mencatatkan kemenangan kedua beturut-turut Kumpulan A di Stadium UKM. #SukanMalaysia2022#WiPersWiJuara#teamWiPers#WiJuara#BakatWiPers