Tahniah dan syabas kepada pasukan wushu Wilayah Persekutuan yang menghadiahkan 1 pingat emas dan 2 gangsa di sebelah petang hari kedua wushu dipertandingkan pada SUKMA XXI Sarawak 2024. Atlet wushu lelaki, Wong Hong Man memenangi pingat emas kedua Kontinjen Wilayah Persekutuan dalam acara jianshu lelaki. Syabas diucapkan!
BASIKAL PERAK Tahniah Zhen Yi yang menghadiahkan pingat pertama Kontinjen Wilayah Persekutuan pada SUKMA XXI Sarawak 2024 sebentar tadi. Pelumba basikal wanita Wilayah Persekutuan itu merangkul pingat perak dalam acara ujian masa perseorangan wanita. #WPJUARA2024#sukmasarawak2024#ReadyToRoar#WilayahPersekutuanJuara#teamWP#UsahaAsasKecemerlangan#WilayahPersekutuanKita
Mesyuarat Ketua Kontinjen (CDM) Wilayah Persekutuan Bersama Ketua Jawatankuasa dan LO Sukan SUKMA XXI Sarawak 2024 Bil 1/2024 berlangsung di Sekretariat Utama Kontinjen Wilayah Persekutuan, Kuching. #WPJUARA2024#sukmasarawak2024#ReadyToRoar#WilayahPersekutuanJuara#teamWP#UsahaAsasKecemerlangan#WilayahPersekutuanKita

YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) mengumumkan sasaran 70 pingat emas bagi Kontinjen Wilayah Persekutuan muncul juara pada edisi ke-21 SUKMA di Sarawak pada Ogos ini. Dalam Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Wilayah Persekutuan Ke SUKMA XXI Sarawak dan Pelancaran Logo Baharu Majlis Sukan Wilayah Persekutuan semalam, Dr. Zaliha menyerahkan bendera
Read More

Tahniah kepada tiga warga MSWP En. Mohd Hazriq Ikhwan Bin Mohd Sharif, En. Muhammad Hafiz Bin Jamil Khair dan En. Mohd Azri Bin Isa yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan disampaikan oleh YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang & Jasamu Dikenang JWP dan Agensi 2023/2024
Read More

Rangkuman siri 3 hari kedua Kem Atlet Wilayah Persekutuan Juara SUKMA XXI Sarawak 2024 yang berlangsung di Melaka, pada 30 Mei 2024.