Majlis Penyampaian Hadiah Low Carbon Sport (KL Extreme Jam) sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022 yang berlangsung di Kiara SkatePark
Sesi Perjumpaan Pengarah MSWP, Dr. Hasnul Faizal Hushin Amri bersama Pasukan Ragbi Lelaki Wilayah Persekutuan serta menyampaikan amanat kepada pasukan Ragbi Lelaki yang akan menyertai Kejohanan Pra-SUKMA JRU 2022 di Johor pada hujung minggu ini (11-13 Februari 2022).
3 orang atlet Berbasikal BSW memenangi perlumbaan JCM Track dan Criterium hari pertama bertempat di Velodrom Johor. Keputusan Hari Pertama 7.5km point race (lelaki bawah 17)Perak - Muhammad Afiq Kharith Bin Abu Bakar Acara 500m (lelaki bawah 17)Gangsa - Aliff Danial Bin Khairol Hisham Flying Lap (lelaki bawah 15)Gangsa - Adam Airiel Bin Nazim #teamwipers

Pemenang Pingat Gangsa pada Sukan Olimpik 2020 Tokyo, Soh Wooi Yik yang juga pemain Badminton Wilayah Persekutuan bersama pasangannya, Aaron Chia dikurniakan Darjah Kesatria Mahkota Wilayah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Tahun 2022 bersempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022 hari ini. Semoga Pengurniaan Pingat ini menjadi pencetus semangat bagi menghadapi
Read More

Tahniah kepada Pasukan Terengganu B dan pasukan WIPERS B yang muncul juara bagi kategori Regu Terbuka Wanita dan Regu Terbuka Lelaki pada Final Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Wilayah Persekutuan Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022 yang berlangsung di Kompleks Futsal Mokhtar Dahari Presint 18 Putrajaya pada 4-6 Februari 2022.

Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Wilayah Persekutuan Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022 telah pun membuka tirainya hari ini di Kompleks Futsal Mokhtar Dahari Presint 18 Putrajaya. YB Dato' Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan turut meluangkan masa bersama para peserta pada Majlis Perasmian pada pagi ini. Jangan lupa untuk bersama-sama memberikan sokongan dalam Kejohanan
Read More