Pemain Tenis WiPers, Saw Jo Leen muncul juara Kejohanan ITF Sirkit Remaja di Sri Lanka yang berlangsung pada 25-30 Januari 2022.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan & Sosio Ekonomi) Kementerian Wilayah Persekutuan, Dato' Parang Abai @ Thomas bagi pihak Kementerian Wilayah Persekutuan menerima serahan Bendera Wilayah Persekutuan dan juga Queen's Baton sebagai tanda simbolik kemuncak acara Larian Bendera Wilayah Persekutuan & Queen's Baton di Kompleks Perbadanan Putrajaya hari ini. Terima kasih kepada sokongan berterusan daripada Kementerian Wilayah Persekutuan
Read More

Pengarah MSWP, Dr Hasnul Faizal Hushin Amri menyampaikan Insentif Kemenangan kepada Ketua Pasukan Hoki Wanita Wilayah Persekutuan, Nursyaqirah Kassim yang mewakili Pasukan Hoki Wanita Wilayah Persekutuan atas kejayaan menjuarai Piala Tun Abdul Razak 2021 yang berlangsung 10-21 November 2021.  
Skuad Sukarelawan WiPers Prihatin yang diketuai Pengarah MSWP, Dr Hasnul Faizal Hushin Amri membantu kakitangan MSWP dan masyarakat setempat yang terkesan dalam musibah banjir di Hulu Langat  

3 hari Festival Seni Silat Wilayah Persekutuan 2021 telah melabuhkan tirainya dengan Majlis Penutupan dirasmikan oleh Dato' Haji Che Roslan Bin Che Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan & Pembangunan) Kementerian Wilayah Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Festival Seni Silat Wilayah Persekutuan 2021. Pada majlis penutupan pada petang ini juga, PESAKA Kuala Lumpur, PESAKA Putrajaya dan
Read More

Sekitar Majlis Pelancaran Festival Seni Silat Wilayah Persekutuan 2021 yang dirasmikan oleh YB Dato' Seri Shahidan Bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan pada hari ini di Dewan Serbaguna, Kementerian Wilayah Persekutuan