Atlet WiJuara minggu ini menampilkan penerjun, Hanis Nazirul Jaya Surya yang sebelum ini menghadiahkan pingat emas buat negara pada Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur dalam acara 10m platform seirama lelaki bergandingan dengan Jellson Jabilin
Selain jogging, ada pelbagai senaman kardio yang boleh dilakukan di rumah. Senaman untuk Komuniti Wilayah Persekutuan minggu ini memberi 3 kepelbagaian senaman kardio yang boleh dicuba. Keep fit everyone! #WiJuara #teamWipers #WilayahPrihatin #keepFIT
https://www.youtube.com/watch?v=ZyuxZ7rr-X8
Atlet dan jurulatih di bawah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) kini boleh menggunakan Team Wipers Discount Card untuk pembelian pelbagai jenama sukan di bawah rakan strategik MSWP, Paragon Vest. Jangan lupa dapatkan keistimewaan diskaun produk sehingga 50 peratus untuk pembelian secara online ini. Layari laman web www.sportsparagon.com untuk pembelian.
Bila lama sangat duduk di rumah, sekali sekala bolehlah mencuba Zumba seperti yang kami bawakan dalam Video Senaman Untuk Komuniti Wilayah Persekutuan minggu ini. Zumba adalah pilihan senaman cardio yang mudah dilakukan untuk semua peringkat umur. #WiJuara #teamWipers #WilayahPrihatin #keepFIT
https://www.youtube.com/watch?v=9p_S0Doj1io
Mari berkenalan atlet WiJuara minggu ini, Muhammad Aidil Taufek daripada sukan lontar peluru. Aidil pernah memecahkan rekod Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2016 dengan catatan 16.66m ketika umurnya 17 tahun. Go WIPERS Go!
Senaman 'squat' memang diminati ramai terutama sekali dikalangan wanita yang mahukan postur badan yang menarik. Video Senaman Untuk Komuniti pada minggu ini akan menunjukkan teknik 'squat' yang betul dan juga variasi dalam melakukan squat. Keep fit everyone! #WiJuara #teamWipers #WilayahPrihatin #keepFIT
https://www.youtube.com/watch?v=bk0dW3Uj2HQ