Atlet WiPers yang beraksi cemerlang pada Sukan SEA Ke-32 Kemboja & Sukan Asia Ke-19 menerima insentif berjumlah RM164,600 yang disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Dato’ Indera Noridah binti Abdul Rahim. Dalam Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Sukan SEA Ke-32 Kemboja 2023 & Sukan Asia Ke-19 Hangzhou 2022 Wilayah Persekutuan yang berlangsung pada 8 November 2023
Read More

Pelbagai program yang diadakan pada sebelah pagi bersempena dengan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Jurulatih MSWP 2023 yang berlangsung hari ini termasuklah Amanat Pengarah MSWP, ujian kesihatan dan ceramah psikologi. #WiPersWiJuara #teamWiPers #WiJuara #bakatWiPers #MalaysiaMADANI
Sejumlah RM70,000 disampaikan kepada 25 badan sukan pada Majlis Penyerahan Bantuan MADANI Kepada Badan Sukan Labuan Tahun 2023 yang berlangsung di Hotel Lazenda, Labuan pada 19 Ogos 2023 selepas sesi bersama Pengarah MSWP.
Sesi Pengarah MSWP, Encik Nik Ahmad Zahiruddin Bin Nik Saleh bersama badan-badan sukan di Labuan pada 19 Ogos 2023 di Hotel Lazenda, Labuan
Keratan Akhbar Wilayahku 18-24 Ogos 2023 ms 23 - MSWP bakal bangunkan kompleks sukan berpusat di Putrajaya.
Mesyuarat Panel Kejurulatihan dan Sains Sukan MSWP Bil. 1/2023 berlangsung pada 8 Ogos 2023 selepas selesai Majlis Penyampaian Bantuan MADANI kepada Badan Sukan Kuala Lumpur dan Putrajaya Tahun 2023. Semoga dengan pelantikan Panel Kejurulatihan yang baru ini membantu pembangunan sukan berprestasi tinggi Wilayah Persekutuan ke peringkat lebih tinggi.