Atlet skuasy WiPers, Chan Yiwen berjaya menamatkan dominasi Kedah selama lapan tahun acara perseorangan wanita di SUKMA untuk menghadiahkan pingat emas buat kontinjen WiPers pada hari ini. Tahniah Yiwen!
Semi final here we come.
Kejayaan pusingan suku akhir menentang Johor yang diheret hingga ke penentuan sepakan penalti membolehkan pasukan bola sepak WiPers melangkah ke pusingan separuh akhir. Terima kasih YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan yang memberikan sokongan padu buat pasukan. WiPers WiJuara!
Hari pertama akuatik - renang dipertandingkan menyaksikan perenang WiPers mengumpul 2 pingat emas, 2 perak dan 1 gangsa.
Congratulations! WiPers WiJuara!
Atlet kanu WiPers mendominasi hari kedua dipertandingkan dengan memenangi 3 pingat emas dan 3 gangsa. Tahniah WiPers! WiPers WiJuara!
Tahniah kepada atlet boling padang WiPers yang menceriakan kem WiPers dengan menghadiahkan 2 pingat emas - men pairs dan women fours
Kedudukan pingat semasa kontinjen WiPers pada 18092022. Go go WiPers Go!