Pengarah Operasi Kontinjen SUKMA WiPers memberikan kata-kata semangat kepada pasukan tinju yang bakal bertanding di SUKMA pada Sabtu ini. WiPers WiJuara! #SukanMalaysia2022#WiPersWiJuara#teamWiPers#WiJuara#bakatWiPers
Wow skuad olahraga WiPers bakal mendapat suntikan tambahan menjelang SUKMA 2022.Presiden Olahraga Wilayah Persekutuan Kuala Lumour, Datuk Seri Dr V Pulainthiran mengumumkan bonus tambahan RM500 bagi atlet olahraga yang memenangi pingat emas dan RM1000 tambahan bagi rekod kebangsaan yang dicipta pada majlis pertemuan bersama Timbalan Pengarah MSWP, Puan Nabilah Zakaria.
Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat Kontinjen Wilayah Persekutuan ke SUKMA XX Anjuran Kelab Sukan MSWP. Semoga semua urusan dan hasrat kontinjen Wilayah Persekutuan untuk muncul juara pada SUKMA 2022 dimakbulkan.
Pasukan bola sepak Wilayah Persekutuan meraikan kejayaan pertama aksi Kumpulan A menewaskan Negeri Sembilan 1-0 dalam perlawanan di Stadium UKM petang ini. WiPers WiJuara!
Perjumpaan Timbalan Ketua Kontinjen Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk TPr. Sulaiman Mohamed bersama skuad akuatik WiPers di Pusat Renang Kompleks Sukan SkyArena hari ini yang turut dihadiri Timbalan Pengarah MSWP, Puan Nabilah Zakaria.

Semangat WiPers WiJuara mulai terasa pada Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Wilayah Persekutuan ke SUKMA XX MSN 2022 yang berlangsung pada 6 September 2022 semalam. YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan memberikan amanat buat kontinjen WiPers sekaligus menyerahkan bendera Wilayah Persekutuan kepada Ketua Kontinjen WiPers, YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida Jaafar.Terima kasih juga
Read More