Tahniah Elfrado Roy Matin yang menghadiahkan Pingat Emas pertama Wilayah Persekutuan dalam acara lelaki 55kg pada hari pertama Kejohanan Angkat Berat Senior, Junior & Youth Kebangsaan 2022 berlangsung di Jasin, Melaka hari ini.
Kejohanan KWP-DBKL Kuda Merah Muay Thai Challenge 2022 Super 4 Edition di Stadium Titiwangsa pada 25-27 Februari 2022. Tahniah kepada semua pemenang!
Tahniah pada atlet Karate Wilayah Persekutuan yang bertanding pada Kejohanan Karate Senior Kebangsaan Ke-40 dan Kejohanan Karate Junior & Kadet Kebangsaan Ke-30 Tahun 2022 di Stadium MPSJ Serdang pada 17-20 Februari 2022.
Pasukan Bola Jaring Bawah 19 tahun Wilayah Persekutuan yang sebahagiannya atlet pelapis dan SUKMA muncul juara pada pusingan akhir Kejohanan Bola Jaring Remaja Kebangsaan 2022 yang berlangsung pada 17-20 Februari 2022 di Stadium Juara, Bukit Kiara.
Sekitar Kejohanan Paintball WiPers Cup yang diadakan di Padang Bola Sepak Taman Titiwangsa yang berlangsungpada 19 Feb 2022. Tahniah kepada semua pemenang!
Penyampaian Hadiah kepada Pemenang Kejohanan Futsal Piala Wilayah Persekutuan 2022 sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022 oleh Pengarah MSWP, Dr. Hasnul Faizal Hushin Amri di Kompleks Futsal Presint 18, Putrajaya . Tahniah kepada pemenang-pemenang!