- Merancang dan melaksanakan program persediaan atlet berprestasi tinggi bagi mewakili Kontinjen Wilayah Persekutuan ke Temasya Sukan Malaysia (SUKMA).
- Merancang dan menyelaras penyertaan atlet ke kejohanan dalam dan luar negara;
- Menyelaras pelantikan jurulatih sukan;
- Pemantauan program latihan sukan;
- Menyelaras mesyuarat jawatankuasa kerja sukan;
- Memantau pelaporan jurulatih sukan;
- Merancang pemohonan penyaluran bantuan kewangan kepada badan sukan:-
- Peralatan sukan/ pakaian/ program/ makanan tambahan;
- Menyelaras elaun atlet, jurulatih dan Insentif Khas Pelajaran (IKP);
- Menyelaras pelaporan badan sukan (MYKB);
- Merancang dan menyelaras Mesyuarat Panel Kejurulatihan dan Sains Sukan;
- Menyelaras dan menguruskan insurans atlet (Wipers ACE); dan
- Menyelaras Sukan Wilayah Persekutuan (SWIP)
Pengurusan Fasiliti
- Menyelaras penyediaan Pusat Latihan dan Fasiliti Atlet Wilayah Persekutuan bagi program BAKAT dan SUKMA;
- Menyelaras sewaan Pusat Latihan dan Fasiliti Atlet Wilayah Persekutuan bagi program BAKAT dan SUKMA;
- Merancang, menyelaras dan menguruskan hal-hal berkaitan tanah milik MSWP;
- Merancang pembangunan Kompleks Sukan MSWP;
- Pengurusan dan penyelenggaraan peralatan Gimnasium MSWP;
Pengurusan Sukan
- Menguruskan Mesyuarat Pengurusan dan Ahli Majlis MSWP;
- Menguruskan Mesyuarat Jawatankuasa Bantuan Badan Sukan;
- Merancang, menguruskan dan melaksanakan program MSKP;
- Mengendali dan menguruskan kursus, bengkel dan seminar berkaitan dengan Pengurusan Sukan;
- Kursus Sains Sukan 1-3/ Pengurusan Badan Sukan
- Pengurusan pengiktirafan dan penghormatan kepada badan sukan;
- Menyelaras dan menguruskan pengagihan pakaian latihan atlet serta pegawai;
- Merancang dan menyelaras pelaksanaan bengkel penyelarasan kontinjen Wilayah Persekutuan ke SUKMA;
- Merancang dan melaksanakan kem atlet SUKMA Wilayah Persekutuan;
- Menguruskan isu kebajikan atlet dan jurulatih (Wipers ACE); dan
- Mengemaskini data Ahli Jawatankuasa Pengurusan dan Ahli Majlis di dalam sistem maklumat badan berkanun (SBSys).
Pengurusan Sains Sukan
- Membangunkan Program Latihan Suaian Fizikal;
- Menjalankan Program Ujian Kecergasan (Umum dan Spesifik) bagi atlet Wilayah Persekutuan;
- Menyediakan perkhidmatan Fisioterapi dan Pemulihan Kecederaan;
- Merancang dan melaksanakan Program Latihan Khas Sains Sukan (Psikologi/ Fisiologi/ Periodisasi);
- Pemeriksaan Kecederaan dan Kesihatan;
- Pengurusan berkaitan dengan Program Anti-Doping;
- Pengurusan bekalan dan perubatan sukan;
- Menyelaras elaun jurulatih kecergasan sukan dan fisioterapi;
- Mengemaskini data APMS;
Pengurusan Bakat Sukan
- Merancang dan melaksanakan program persediaan atlet bakat sukan bagi mewakili Wilayah Persekutuan ke Karnival Bakat Kebangsaan dan kejohanan dalaman;
- Menyelaras dan melaksanakan penganjuran program BAKAT (Kejohanan/ Kem/ Klinik);
- Menyelaras pelantikan jurulatih bakat sukan;
- Memantau pelaksanaan Talent Identification (TID) dan Talent Scouting;
- Penyelarasan pembelian peralatan latihan bakat sukan;
- Pemantauan program latihan bakat sukan;
- Menyelaras mesyuarat jawatankuasa kerja sukan;
- Memantau pelaporan jurulatih bakat sukan; dan
- Menyelaras elaun jurulatih program bakat.
Pengurusan Sumber Manusia
- Merancang pembangunan organisasi dan menjalankan kajian cadangan pemansuhan jawatan dan penggredan semula jawatan;
- Menyedia dan menyelaras maklumat perjawatan serta keperluan untuk pewujudan jawatan baru;
- Merancang dan melaksanakan kursus generik;
- Merancang dan menyelaras urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat pegawai;
- Melaksanakan urusan pengesahan lantikan, pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen,
- Menguruskan tindakan tatatertib;
- Menguruskan pengisytiharan harta personel;
- Menyelaras dan memproses urusan tanggung kerja;
- Mengurusetiakan Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) dan Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat;
- Mengurusetiakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC);
- Membuat perancangan Pelan Penggantian terhadap semua pegawai di MSWP;
- Menguruskan pelantikan pegawai tetap dan pelantikan pegawai kontrak;
- Merancang dan mengurus penempatan personel MSWP;
- Menguruskan pelantikan secara peminjaman/pertukaran sementara dan pertukaran tetap;
- Menguruskan persaraan pilihan dan persaraan wajib;
- Menguruskan permohonan keluar negeri atas urusan rasmi dan atas urusan persendirian;
- Mengurus cuti personel berdasarkan Perintah Am Bab C;
- Menyelaras anugerah pingat dan bintang kebesaran negeri-negeri dan Persekutuan untuk diajukan ke KWP; dan
- Pengurusan HRMIS;
- Perancangan dan pengurusan organisasi;
Pengurusan Pentadbiran Am
- Mengendalikan urusan surat-menyurat dan pengurusan sistem fail termasuk sistem DDMS;
- Menyelaras penggunaan sistem MyMesyuarat;
- Menguruskan Kenderaan Jabatan dan Pemandu;
- Menguruskan Pengurusan Stor;
- Menguruskan Pengurusan Aset;
- Menguruskan perolehan secara pembelian terus, sebut harga, dan tender bagi bekalan, perkhidmatan dan perkhidmatan kerja;
- Menguruskan Panjar Wang Runcit;
- Menguruskan permohonan dan pengeluaran Pesanan Kerajaan (Local Order);
- Pengurusan ruang pejabat; dan
- Pengurusan keselamatan organisasi (fizikal/ dokumen/ individu);
- Pengurusan inovasi dan kualiti;
- Pengurusan Pelan Anti Rasuah MSWP;
- Pelan Strategik;
- Mengurusan Penyediaan Memorandum Jemaah Menteri (MJM);
- Akta 29 Majlis Sukan PUA89;
Pengurusan Acara
- Merancang, menyelaras dan melaksanakan acara-acara dan majlis rasmi Majlis Sukan Wilayah Persekutuan;
- Geran Bantuan Badan Sukan
- Sambutan Hari Wilayah Persekutuan
- Majlis Penyerahan Bendera SUKMA
- Majlis Insentif Kemenangan
- Majlis Anugerah Sukan Wilayah Persekutuan
- Pelarasan aktiviti dengan jabatan/ kementerian luar;
- Hari Sukan Negara/ Agenda Nasional Malaysia Sihat/ Maulidur Rasul/ Hari Pekerja/ Santuni Madani/ Le Tour de Langkawi.
Komunikasi Korporat
- Mengurus dan bertanggungjawab dalam penyampaian dan penyaluran maklumat di peringkat nasional dan global;
- Merancang dan melaksana aktiviti peningkatan imej korporat serta perhubungan awam;
- Merancang, menyelaras dan melaksana Pelan Komunikasi/ promosi/ publisiti program serta pencapaian;
- Mengurus dan mengendalikan perhubungan dengan pihak media;
- Menyedia bahan atau maklumat portal MSWP;
- Memberi khidmat nasihat mengenai program, nota kepada editor/ siaran akhbar dan khidmat nasihat kepada media dalam membuat liputan;
- Mengurus dan mengendalikan sesi taklimat serta kunjungan hormat;
- Merancang, mengurus, melaksana dan memantau semua urusan berkaitan pelanggan dan aduan yang diterima;
- Merancang, menyelaras dan menerbitkan bahan-bahan penerbitan;
- Mengurus hal-hal berkaitan penajaan dan sumbangan;
- Menyediakan teks ucapan untuk majlis-majlis Rasmi;
- Menjadi urusetia dalam menyediakan Laporan Tahunan MSWP;
- Menyelaras dan menyertai Hari Terbuka MSWP;
- Menyelaras kerjasama strategik bersama agensi luar (Wipers ACE) – Pendidikan & Kerjaya;
- Menyediakan pelaporan bagi mesyuarat Stratcomm.
- Menyelaras dan mengemaskini data Sistem eMYIND (IYRES).
Sistem Maklumat
- Menguruskan hal-hal yang berkaitan pembangunan sistem/aplikasi/portal;
- Merancang, membangun, melaksana dan menyenggara sistem/aplikasi;
- Memantau dan bertindak sebagai Pentadbir Sistem kepada Sistem SAGA, Sistem Maklumat Atlet, APMS, Sistem Digital BillBoard, Staf Portal, Sistem Thumbprint dan Sistem Akses Pintu;
- Menyenggara dan mengemaskini portal MSWP;
- Mempromosi penggunaan sistem aplikasi ICT dan memberi khidmat sokongan;
- Memberi latihan penggunaan sistem (train the trainer) kepada kakitangan MSWP;
- Mengurus, mereka bentuk dan menyediakan bahan-bahan multimedia berkaitan ICT seperti bunting, poster, montaj, backdrop, buku aturcara dan sebagainya untuk hebahan dan majlis-majlis yang berkaitan;
- Membangun dan menyelenggara prasarana pengkomputeran, Unifi/LAN;
- Menganalisis, memantau, melaksana dan penilaian prestasi rangkaian MSWP;
- Mengurus dan mengawal perolehan perkakasan dan perisian, mengawal selia keselamatan ICT, bertindak sebagai Pentadbir Pengkalan Data dan Sistem;
- Mengurus tindakan menaik taraf peralatan ICT dan menangani kerosakan;
- Menyediakan segala peralatan dan perisian ICT yang diperlukan bagi tujuan melicinkan perjalanan seminar / kursus / latihan dan mesyuarat;
- Menguruskan, menyelenggara dan menyimpan peralatan-peralatan ICT di MSWP termasuklah memudahcara urusan pinjaman peralatan-peralatan ICT berkenaan;
- Mentadbir urus akaun-akaun emel MyGovuc bagi semua pengguna di MSWP dengan melaksanakan kerja pentadbiran emel seperti pewujudan, pengemaskinian, pengarkiban dan penghapusan akaun emel MyGovuc; dan
- Menyelaras dan membangunkan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) MSWP.
Pengurusan Kewangan
- Menyediakan anggaran belanjawan MSWP;
- Menguruskan urusan Audit dari Audit Dalaman dan Audit Negara;
- Memantau dan melaksanakan prosedur dan peraturan kewangan;
- Mengurus pembayaran elaun, tuntutan dan semua bayaran balik;
- Melaksanakan pembayaran Pesanan Kerajaan (Local Order) dan pembayaran bil tanpa Pesanan Kerajaan (Local Order);
- Mengurus terimaan/ hasil dan akaun belum terima;
- Menyelenggara buku tunai;
- Menyelenggara buku vot;
- Mengurus dan menyelia rekod-rekod kewangan;
- Mengurus dan menyedia laporan bulanan, suku tahun dan tahunan;
- Pengurusan perakaunan dan penyediaan laporan kewangan tahunan;
- Penyediaan laporan JPKA MSWP;
- Menguruskan sumbangan, bantuan dan insentif;
- Menguruskan pembayaran elaun-elaun secara berkala;
- Menguruskan permohonan tempahan dan pengeluaran Waran Penerbangan Udara Awam (WPUA);
- Menyediakan maklumbalas bagi teguran Audit Dalam dan juga Audit Negara;
- Menguruskan Akaun Bank MSWP, Tabung Sukan dan Simpanan Tetap;
- Menyelaras cukai pendapatan MSWP;
- Mengemaskini data kewangan di dalam sistem maklumat badan berkanun (SBSys);
- Mengemaskini data kewangan di dalam sistem AMS; dan
- Menyediakan laporan statistik pembayaran EFT dan cek bagi Badan Berkanun Persekutuan (BPP).