![skyscrapers from low angle view copy 684x1024 copy](https://www.wipers.gov.my/wp-content/uploads/2021/06/skyscrapers-from-low-angle-view-copy-684x1024-copy.jpg)
PIAGAM PELANGGAN
- Memastikan pembayaran bantuan pembangunan sukan telah diluluskan dan dilaksanakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh mesyuarat;
- Memastikan pembayaran elaun atlet dan jurulatih dilaksanakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripda tarikh perakuan lengkap diterima;
- Memberikan maklum balas dalam tempoh tiga (3) hari bekerja daripada tarikh penerimaan laporan pertandingan atau program/aktiviti sukan;
- Memastikan permohonan perkhidmatan sokongan sains sukan dan perubatan diberikan maklum balas dan diproses dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas aduan diterima;
- Mengambil tindakan ke atas aduan daripada persatuan-persatuan sukan/ orang perseorangan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas aduan diterima;
- Memastikan bayaran kepada pembekal barangan/perkhidmatan dilaksanakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh penerimaan bil/invois lengkap; dan
- Menyediakan dan mengedarkan maklum balas keputusan mesyuarat/perbincangan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas mesyuarat/perbincangan diadakan.