Atlet WiPers yang beraksi cemerlang pada Sukan SEA Ke-32 Kemboja & Sukan Asia Ke-19 menerima insentif berjumlah RM164,600 yang disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Dato’ Indera Noridah binti Abdul Rahim.
Dalam Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Sukan SEA Ke-32 Kemboja 2023 & Sukan Asia Ke-19 Hangzhou 2022 Wilayah Persekutuan yang berlangsung pada 8 November 2023 di Putrajaya, seramai 59 atlet WiPers yang memenangi pingat pada edisi Sukan SEA di Kemboja dan 12 atlet WiPers yang merangkul pingat pada Sukan Asia di Hangzhou baru-baru ini menerima insentif atas pencapaian masing-masing.
Syarikat redONE turut menyampaikan tajaan kepada MSWP berjumlah RM100,000 bagi pembelian baju latihan atlet WiPers tahun ini.
