Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan & Sosio Ekonomi) Kementerian Wilayah Persekutuan, Dato’ Parang Abai @ Thomas bagi pihak Kementerian Wilayah Persekutuan menerima serahan Bendera Wilayah Persekutuan dan juga Queen’s Baton sebagai tanda simbolik kemuncak acara Larian Bendera Wilayah Persekutuan & Queen’s Baton di Kompleks Perbadanan Putrajaya hari ini.
Terima kasih kepada sokongan berterusan daripada Kementerian Wilayah Persekutuan yang diterajui Menteri Wilayah Persekutuan, YB Dato’ Seri Dr Shahidan Kassim , Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, YB Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Ketua Setiausaha YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida Jaafar terhadap Larian Bendera Wilayah Persekutuan 2022. Terima kasih juga kepada Agensi-Agensi KWP dan semua yang terlibat dalam menjayakan dan memberi sokongan kepada Larian Bendera Wilayah Persekutuan hari ini.