Sebanyak 22 badan sukan di Labuan menerima bantuan pentadbiran berjumlah RM56,000 pada Majlis Penyampaian Bantuan MADANI Kepada Badan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2025 yang berlangsung hari ini. YBhg. Dato’ Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan mewakili YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menyampaikan bantuan tersebut yang turut dihadiri YBhg. Dato’ Mohd Nasir Bin Ali Pengerusi MSWP.
Turut diadakan, penyampaian watikah pelantikan kepada dua Ahli Majlis MSWP baharu: YBrs. Encik Mohd Sukuran bin Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan dan YBrs. Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara.
