Lebih daripada RM1.4 juta insentif disampaikan YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) kepada Kontinjen Wilayah Persekutuan yang mencatatkan kejayaan menduduki tempat kedua keseluruhan pada SUKMA XXI Sarawak 2024.
Turut hadir pada Majlis Penyerahan Insentif SUKMA XXI Sarawak 2024 Kontinjen Wilayah Persekutuan yang berlangsung di Dewan Seri Siantan, PPj di sini semalam ialah Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Presiden Perbadanan Putrajaya, YBhg. Dato’ TPr Fadlun Mak Ujud dan Pengerusi MSWP, Datuk Mohd Nasir Ali. Terima kasih kepada semua pihak yang memastikan kejayaan Wilayah Persekutuan. Jumpa lagi di SUKMA 2026!