Majlis Perasmian Sambutan Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Wilayah Persekutuan dan Kementerian Wilayah Persekutuan di Putrajaya hari ini dirasmikan oleh YB Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim. YB Menteri Wilayah Persekutuan, bersama-sama YB Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias juga turut menyertai acara 3 km Jalan Kaki dan mencuba pelbagai aktiviti sukan pada sambutan HSN 2021 Peringkat Wilayah Persekutuan dan Kementerian Wilayah Persekutuan di Atrium, Kementerian Wilayah Persekutuan hari ini.