20 Bukit Jalil
  • Merancang dan melaksanakan program persediaan atlet berprestasi tinggi bagi mewakili Kontinjen Wilayah Persekutuan ke Temasya Sukan Malaysia (SUKMA).
  • Merancang dan menyelaras penyertaan atlet ke kejohanan dalam dan luar negara;
  • Menyelaras pelantikan jurulatih sukan;
  • Pemantauan program latihan sukan;
  • Menyelaras mesyuarat jawatankuasa kerja sukan;
  • Memantau pelaporan jurulatih sukan;
  • Merancang pemohonan penyaluran bantuan kewangan kepada badan sukan:-
  • Peralatan sukan/ pakaian/ program/ makanan tambahan;
  • Menyelaras elaun atlet, jurulatih dan Insentif Khas Pelajaran (IKP);
  • Menyelaras pelaporan badan sukan (MYKB);
  • Merancang dan menyelaras Mesyuarat Panel Kejurulatihan dan Sains Sukan;
  • Menyelaras dan menguruskan insurans atlet (Wipers ACE); dan
  • Menyelaras Sukan Wilayah Persekutuan (SWIP)

Pengurusan Fasiliti

  • Menyelaras penyediaan Pusat Latihan dan Fasiliti Atlet Wilayah Persekutuan bagi program BAKAT dan SUKMA;
  • Menyelaras sewaan Pusat Latihan dan Fasiliti Atlet Wilayah Persekutuan bagi program BAKAT dan SUKMA;
  • Merancang, menyelaras dan menguruskan hal-hal berkaitan tanah milik MSWP;
  • Merancang pembangunan Kompleks Sukan MSWP;
  • Pengurusan dan penyelenggaraan peralatan Gimnasium MSWP;

Pengurusan Sukan

  • Menguruskan Mesyuarat Pengurusan dan Ahli Majlis MSWP;
  • Menguruskan Mesyuarat Jawatankuasa Bantuan Badan Sukan;
  • Merancang, menguruskan dan melaksanakan program MSKP;
  • Mengendali dan menguruskan kursus, bengkel dan seminar berkaitan dengan Pengurusan Sukan;
  • Kursus Sains Sukan 1-3/ Pengurusan Badan Sukan
  • Pengurusan pengiktirafan dan penghormatan kepada badan sukan;
  • Menyelaras dan menguruskan pengagihan pakaian latihan atlet serta pegawai;
  • Merancang dan menyelaras pelaksanaan bengkel penyelarasan kontinjen Wilayah Persekutuan ke SUKMA;
  • Merancang dan melaksanakan kem atlet SUKMA Wilayah Persekutuan;
  • Menguruskan isu kebajikan atlet dan jurulatih (Wipers ACE); dan
  • Mengemaskini data Ahli Jawatankuasa Pengurusan dan Ahli Majlis di dalam sistem maklumat badan berkanun (SBSys).

 

Pengurusan Sains Sukan

  • Membangunkan Program Latihan Suaian Fizikal;
  • Menjalankan Program Ujian Kecergasan (Umum dan Spesifik) bagi atlet Wilayah Persekutuan;
  • Menyediakan perkhidmatan Fisioterapi dan Pemulihan Kecederaan;
  • Merancang dan melaksanakan Program Latihan Khas Sains Sukan (Psikologi/ Fisiologi/ Periodisasi);
  • Pemeriksaan Kecederaan dan Kesihatan;
  • Pengurusan berkaitan dengan Program Anti-Doping;
  • Pengurusan bekalan dan perubatan sukan;
  • Menyelaras elaun jurulatih kecergasan sukan dan fisioterapi;
  • Mengemaskini data APMS;

 

Pengurusan Bakat Sukan                                       

  • Merancang dan melaksanakan program persediaan atlet bakat sukan bagi mewakili Wilayah Persekutuan ke Karnival Bakat Kebangsaan dan kejohanan dalaman;
  • Menyelaras dan melaksanakan penganjuran program BAKAT (Kejohanan/ Kem/ Klinik);
  • Menyelaras pelantikan jurulatih bakat sukan;
  • Memantau pelaksanaan Talent Identification (TID) dan Talent Scouting;
  • Penyelarasan pembelian peralatan latihan bakat sukan;
  • Pemantauan program latihan bakat sukan;
  • Menyelaras mesyuarat jawatankuasa kerja sukan;
  • Memantau pelaporan jurulatih bakat sukan; dan
  • Menyelaras elaun jurulatih program bakat.

 

Pengurusan Sumber Manusia

  • Merancang pembangunan organisasi dan menjalankan kajian cadangan pemansuhan jawatan dan penggredan semula jawatan;
  • Menyedia dan menyelaras maklumat perjawatan serta keperluan untuk pewujudan jawatan baru;
  • Merancang dan melaksanakan kursus generik;
  • Merancang dan menyelaras urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat pegawai;
  • Melaksanakan urusan pengesahan lantikan, pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen,
  • Menguruskan tindakan tatatertib;
  • Menguruskan pengisytiharan harta personel;
  • Menyelaras dan memproses urusan tanggung kerja;
  • Mengurusetiakan Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) dan Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat;
  • Mengurusetiakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC);
  • Membuat perancangan Pelan Penggantian terhadap semua pegawai di MSWP;
  • Menguruskan pelantikan pegawai tetap dan pelantikan pegawai kontrak;
  • Merancang dan mengurus penempatan personel MSWP;
  • Menguruskan pelantikan secara peminjaman/pertukaran sementara dan pertukaran tetap;
  • Menguruskan persaraan pilihan dan persaraan wajib;
  • Menguruskan permohonan keluar negeri atas urusan rasmi dan atas urusan persendirian;
  • Mengurus cuti personel berdasarkan Perintah Am Bab C;
  • Menyelaras anugerah pingat dan bintang kebesaran negeri-negeri dan Persekutuan untuk diajukan ke KWP; dan
  • Pengurusan HRMIS;
  • Perancangan dan pengurusan organisasi;

 

Pengurusan Pentadbiran Am

  • Mengendalikan urusan surat-menyurat dan pengurusan sistem fail termasuk sistem DDMS;
  • Menyelaras penggunaan sistem MyMesyuarat;
  • Menguruskan Kenderaan Jabatan dan Pemandu;
  • Menguruskan Pengurusan Stor;
  • Menguruskan Pengurusan Aset;
  • Menguruskan perolehan secara pembelian terus, sebut harga, dan tender bagi bekalan, perkhidmatan dan perkhidmatan kerja;
  • Menguruskan Panjar Wang Runcit;
  • Menguruskan permohonan dan pengeluaran Pesanan Kerajaan (Local Order);
  • Pengurusan ruang pejabat; dan
  • Pengurusan keselamatan organisasi (fizikal/ dokumen/ individu);
  • Pengurusan inovasi dan kualiti;
  • Pengurusan Pelan Anti Rasuah MSWP;
  • Pelan Strategik;
  • Mengurusan Penyediaan Memorandum Jemaah Menteri (MJM);
  • Akta 29 Majlis Sukan PUA89;

 

Pengurusan Acara

  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan acara-acara dan majlis rasmi Majlis Sukan Wilayah Persekutuan;
  • Geran Bantuan Badan Sukan
  • Sambutan Hari Wilayah Persekutuan
  • Majlis Penyerahan Bendera SUKMA
  • Majlis Insentif Kemenangan
  • Majlis Anugerah Sukan Wilayah Persekutuan
  • Pelarasan aktiviti dengan jabatan/ kementerian luar;
  • Hari Sukan Negara/ Agenda Nasional Malaysia Sihat/ Maulidur Rasul/ Hari Pekerja/ Santuni Madani/ Le Tour de Langkawi.

Komunikasi Korporat

  • Mengurus dan bertanggungjawab dalam penyampaian dan penyaluran maklumat di peringkat nasional dan global;
  • Merancang dan melaksana aktiviti peningkatan imej korporat serta perhubungan awam;
  • Merancang, menyelaras dan melaksana Pelan Komunikasi/ promosi/ publisiti program serta pencapaian;
  • Mengurus dan mengendalikan perhubungan dengan pihak media;
  • Menyedia bahan atau maklumat portal MSWP;
  • Memberi khidmat nasihat mengenai program, nota kepada editor/ siaran akhbar dan khidmat nasihat kepada media dalam membuat liputan;
  • Mengurus dan mengendalikan sesi taklimat serta kunjungan hormat;
  • Merancang, mengurus, melaksana dan memantau semua urusan berkaitan pelanggan dan aduan yang diterima;
  • Merancang, menyelaras dan menerbitkan bahan-bahan penerbitan;
  • Mengurus hal-hal berkaitan penajaan dan sumbangan;
  • Menyediakan teks ucapan untuk majlis-majlis Rasmi;
  • Menjadi urusetia dalam menyediakan Laporan Tahunan MSWP;
  • Menyelaras dan menyertai Hari Terbuka MSWP;
  • Menyelaras kerjasama strategik bersama agensi luar (Wipers ACE) – Pendidikan & Kerjaya;
  • Menyediakan pelaporan bagi mesyuarat Stratcomm.
  • Menyelaras dan mengemaskini data Sistem eMYIND (IYRES).

 

Sistem Maklumat

  • Menguruskan hal-hal yang berkaitan pembangunan sistem/aplikasi/portal;
  • Merancang, membangun, melaksana dan menyenggara sistem/aplikasi;
  • Memantau dan bertindak sebagai Pentadbir Sistem kepada Sistem SAGA, Sistem Maklumat Atlet, APMS, Sistem Digital BillBoard, Staf Portal, Sistem Thumbprint dan Sistem Akses Pintu;
  • Menyenggara dan mengemaskini portal MSWP;
  • Mempromosi penggunaan sistem aplikasi ICT dan memberi khidmat sokongan;
  • Memberi latihan penggunaan sistem (train the trainer) kepada kakitangan MSWP;
  • Mengurus, mereka bentuk dan menyediakan bahan-bahan multimedia berkaitan ICT seperti bunting, poster, montaj, backdrop, buku aturcara dan sebagainya untuk hebahan dan majlis-majlis yang berkaitan;
  • Membangun dan menyelenggara prasarana pengkomputeran, Unifi/LAN;
  • Menganalisis, memantau, melaksana dan penilaian prestasi rangkaian MSWP;
  • Mengurus dan mengawal perolehan perkakasan dan perisian, mengawal selia keselamatan ICT, bertindak sebagai Pentadbir Pengkalan Data dan Sistem;
  • Mengurus tindakan menaik taraf peralatan ICT dan menangani kerosakan;
  • Menyediakan segala peralatan dan perisian ICT yang diperlukan bagi tujuan melicinkan perjalanan seminar / kursus / latihan dan mesyuarat;
  • Menguruskan, menyelenggara dan menyimpan peralatan-peralatan ICT di MSWP termasuklah memudahcara urusan pinjaman peralatan-peralatan ICT berkenaan;
  • Mentadbir urus akaun-akaun emel MyGovuc bagi semua pengguna di MSWP dengan melaksanakan kerja pentadbiran emel seperti pewujudan, pengemaskinian, pengarkiban dan penghapusan akaun emel MyGovuc; dan
  • Menyelaras dan membangunkan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) MSWP.

Pengurusan Kewangan

  • Menyediakan anggaran belanjawan MSWP;
  • Menguruskan urusan Audit dari Audit Dalaman dan Audit Negara;
  • Memantau dan melaksanakan prosedur dan peraturan kewangan;
  • Mengurus pembayaran elaun, tuntutan dan semua bayaran balik;
  • Melaksanakan pembayaran Pesanan Kerajaan (Local Order) dan pembayaran bil tanpa Pesanan Kerajaan (Local Order);
  • Mengurus terimaan/ hasil dan akaun belum terima;
  • Menyelenggara buku tunai;
  • Menyelenggara buku vot;
  • Mengurus dan menyelia rekod-rekod kewangan;
  • Mengurus dan menyedia laporan bulanan, suku tahun dan tahunan;
  • Pengurusan perakaunan dan penyediaan laporan kewangan tahunan;
  • Penyediaan laporan JPKA MSWP;
  • Menguruskan sumbangan, bantuan dan insentif;
  • Menguruskan pembayaran elaun-elaun secara berkala;
  • Menguruskan permohonan tempahan dan pengeluaran Waran Penerbangan Udara Awam (WPUA);
  • Menyediakan maklumbalas bagi teguran Audit Dalam dan juga Audit Negara;
  • Menguruskan Akaun Bank MSWP, Tabung Sukan dan Simpanan Tetap;
  • Menyelaras cukai pendapatan MSWP;
  • Mengemaskini data kewangan di dalam sistem maklumat badan berkanun (SBSys);
  • Mengemaskini data kewangan di dalam sistem AMS; dan
  • Menyediakan laporan statistik pembayaran EFT dan cek bagi Badan Berkanun Persekutuan (BPP).