Insentif
Insentif Kemenangan Sukan Malaysia (SUKMA) bagi Jurulatih dan Atlet telah diwujudkan bagi memberi dorongan kepada para jurulatih dan atlet untuk meningkatkan pencapaian dan prestasi masing-masing di peringkat kebangsaan, khususnya di temasya SUKMA.
INSENTIF JURULATIH
Objektif insentif jurulatih adalah seperti berikut:
- Penghargaan kepada Jurulatih yang mencapai sasaran (KPI) yang ditetapkan;
- Meningkatkan motivasi Jurulatih supaya terus berusaha untuk melatih atlet dengan bersungguh-sungguh.
- Galakkan kepada Jurulatih untuk terus berkhidmat bersama Wilayah Persekutuan.
- Bantuan untuk menampung keperluan selain daripada elaun yang diterima.