Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Wilayah Persekutuan Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022 telah pun membuka tirainya hari ini di Kompleks Futsal Mokhtar Dahari Presint 18 Putrajaya. YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan turut meluangkan masa bersama para peserta pada Majlis Perasmian pada pagi ini. Jangan lupa untuk bersama-sama memberikan sokongan dalam Kejohanan yang akan berlangsung sehingga Ahad ini!