Keseluruhan insentif berjumlah RM1.096 juta disampaikan kepada 358 atlet dan jurulatih Wilayah Persekutuan yang beraksi cemerlang pada tahun ini.
Insentif yang disampaikan ini melibatkan penyampaian kepada atlet Wilayah Persekutuan yang memenangi pingat pada temasya yang berlangsung pada tahun ini termasuklah pada Sukan Komanwel ke-22 di Birmingham, Sukan Perpaduan Islam ke-5 di Konya, Sukan SEA ke-31 di Vietnam, Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 MSN 2022 dan pemenang di beberapa Kejohanan Dalam dan Luar Negara.