Semangat WiPers WiJuara mulai terasa pada Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Wilayah Persekutuan ke SUKMA XX MSN 2022 yang berlangsung pada 6 September 2022 semalam. YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan memberikan amanat buat kontinjen WiPers sekaligus menyerahkan bendera Wilayah Persekutuan kepada Ketua Kontinjen WiPers, YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida Jaafar.Terima kasih juga diucapkan kepada barisan penaja Bubbles O2 HQ , UH Medical Sdn Bhd, Wilayahku dan juga Klfm-Rentak Interaktif Kota yang memberi sokongan pada kontinjen WiPers pada temasya kali ini.WiPers WiJuara!