3 hari Festival Seni Silat Wilayah Persekutuan 2021 telah melabuhkan tirainya dengan Majlis Penutupan dirasmikan oleh Dato’ Haji Che Roslan Bin Che Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan & Pembangunan) Kementerian Wilayah Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Festival Seni Silat Wilayah Persekutuan 2021. Pada majlis penutupan pada petang ini juga, PESAKA Kuala Lumpur, PESAKA Putrajaya dan PESAKA Labuan menyampaikan Resolusi secara bersama bagi merangka hala tuju dan matlamat dalam memartabatkan silat di Wilayah Persekutuan
Sebelum itu telah berlangsungnya Simposium Seni Silat Wilayah Persekutuan selama 2 hari yang menampilkan beberapa panel pelbagai bidang dan pengisian daripada panel yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing.