Program SUKPAR
Karnival Sukan Parlimen Wilayah Persekutuan (SUKPAR) mula diadakan pada Oktober 2019 bersempena sambutan Hari Sukan Negara. Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) telah mengambil langkah menyemarakkan sambutan pada tahun tersebut dengan mengadakan SUKPAR bagi menyokong dan memeriahkan sambutan dan memberi ruang dan peluang kepada komuniti setempat untuk mengamalkan budaya hidup bersukan.
Objektif pelaksanaan Karnival Sukan Parlimen Wilayah Persekutuan ini adalah:-
- Menerapkan amalan budaya bersukan di kalangan komuniti Wilayah Persekutuan;
- Mempromosikan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan di kalangan komuniti Wilayah Persekutuan; dan
- Menjadi platform untuk mengenal pasti bakat baru untuk disenaraikan ke dalam Pelapis Negeri dan SUKMA Wilayah Persekutuan.
Jadual Pertandingan
Dilaksanakan setiap sabtu dan ahad sepanjang bulan Oktober setiap tahun.
Maklumat perhubungan
Puan Harlina Jamil
No Tel : 03-88926677
Emel : harlina@wipers.gov.my
Encik Asrezza Abas
No tel : 03-88926692
Emel : asrezza@wipers.gov.my